Thursday 4 February 2016

An-Nahl (41~50)

An-Nahl, dari ayat 41~50;  


41. Dan orang-orang yang pindah kerana keredaan Allah, sesudah mereka dianiaya, maka kami akan beri kepada mereka tempat yang baik didunia, tetapi balasan akhirat lebih besar, kalau mereka mahu tahu.

42. iaitu orang-orang yang sabar dan kepada Tuhan merekalah mereka berserah diri.

43. Dan tidak kami urus sebelum mu, melainkan laki-laki yang kami  beri wahyu kepda mereka, lantaran itu tanyalah kepada ahli berpengetahuan jika kamu tidak tahu.

44. Dengan membawa keterangan-keterangan dan kitab-kitab, dan kami turunkan kepada mu peringatan, buat engkau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir.

45. Apakah akan selamat orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan-kejahatan itu, daripada dibenamkan oleh Allah dibumi atau daripada datangnya azab kepada mereka dengan jalan yang mereka tidak sadar ?.

46. Atau daripada ia seksa mereka dalam perjalanan mereka ? maka tidaklah mereka boleh terlepas !.

47. Atau daripada ia seksa mereka dalam keadaan ketakutan ? kerana sesungguhnya Tuhan kamu itu pengasih, penyayang.

48. Dan tidaklah mereka lihat sesuatu yang dijadikan oleh Allah, yang beredar bayangan nya ke kanan dan ke kiri, kerana sujud kepada Allah, pada hal mereka merendah diri?

49. Dan kepada Allah lah bersujud apa yang ada dilangit-langit dan apa yang ada dibumi dari antara yang merayap dan juga melaikat, pada hal mereka tidak sombong.

50. Mereka takut kepada Tuhan mereka, yang diatas mereka, serta mereka kerjakan apa yang mereka diperintah.



Following Twitter,
[] https://twitter.com/NajibTanya2/status/695166904919429120






.